Saturday, April 4, 2015

Melabur wang anda

Melabur wang anda

Pelaburan adalah sebahagian daripada perancangan kewangan keseluruhan anda. sekiranya anda mempunyai sedikit simpanan, anda mungkin hendak melabur untuk memaksimumkan pulangan anda. panduan sangat diperlukan mengenai perkara yang perlu diambil kira sebelum anda melabur serta perkara yang boleh dilakukan dan yang perlu dielakkan apabila melabur.

Perbezaan antara pelaburan dan simpanan

Pelaburan berbeza daripada simpanan. Dalam simpanan, pada umumnya anda akan mendapat semula simpanan anda, beserta faedah.

Walaubagaimanapun, dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah pelaburan. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi ini adalah sebagai ganjaran bagi risiko yang lebih tinggi yang anda telah ambil.

Merancang pelaburan anda

Pelaburan yang bijak tidak bergantung pada nasib, tetapi adalah hasil dari perancangan yang teliti. Apabila anda melabur, anda tidak boleh bergantung pada khabar angin.

Anda perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami keadaan pasaran, sama ada melalui penyelidikan atau mendapat khidmat pakar. Antara beberapa isu yang perlu anda tahu :

Langkah 1 : Tahu mengapa anda hendak melabur

Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Mungkin matlamat anda :

- Membeli kereta
- Membeli rumah
- Menghantar anak anak anda untuk melanjutkan pelajaran
- Pergi bercuti
- Merancang persaraan yang selesa

Objektif pelaburan anda sama ada untuk:

- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
- Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
- Meningkatkan nilai aset bersih anda
- Gabungan mana mana yang di atas

Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan  jangka masa apabila matlamat kewangan anda dapat dicapai.

Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapat hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.


Langkah 2 : Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur

Memandangkan pelaburan adalah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan:

- Berapa banyak wang yang anda mampu untuk jangka masa sederhana dan panjang?
- Adakah anda benar benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
- Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
- Sudahkah anda membuat perbandingan pulangan dengan pelaburan lain yang sama?
- Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung?
- Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda?(iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
- Berapa lamakah tempoh pelaburan anda?(sebagai contoh, 5 tahun, 10 tahun dan sebagainya)
- Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
- Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan secara berterusan berbanding keperluan anda yang berubah ubah?

Bersambung...


No comments:

Post a Comment