Saturday, April 4, 2015

Melabur wang anda PART 2

Melabur wang anda

Tahu strategi dan konsep melabur

Pempelbagaian

Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian - iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan satu cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu aset atau industri.

Jenis pelaburan yang berbeza terdedah pada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain.


Nilai masa wang

Masa adalah aset yang terbesar bagi mereka yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebabkan oleh prinsip faedah kompoun di mana anda memperoleh faedah atas pelaburan asal anda dan faedah yang anda telah peroleh daripada pelaburan anda.

Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka masa panjang boleh menjadi ketara.

Impak Inflasi dan Cukai

Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka masa panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masa hadapan. Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan sebenar anda mungkin berkurangan disebabkan kesan inflasi.

Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan percukaian dan inflasi dalam jangka panjang.









No comments:

Post a Comment