Tuesday, March 31, 2015

GST - Cukai Barangan dan Perkhidmatan

GST - Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Cukai Barangan dan Perkhidamatan(GST) mula diperkenalkan hari ini(01 April 2015). cukai GST ini dikenakan pada kadar standard iaitu 6% berbanding cukai sebelum ini, cukai jualan dan perkhidmatan(SST). kadar dikenakan antara 5%, 6% dan 10%.

Contoh barangan yang dikenakan cukai 5% - Teh Boh, Nescafe, Mee Maggi, Planta, Mamee, Ajinamoto, Biskut Marie.
Contoh perkhidmatan yang dikenakan cukai 6% - Hotel, Astro, perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan profesional, pusat servis kenderaan.
Contoh barangan yang dikenakan cukai 10% - Televisyen, set perabot, kasut, baju.

Antara menjadi kebimbangan masyarakat umumnya :
a) Harga barangan runcit(retail). barangan asas.
b) Kos perkhidmatan sektor swasta, perkhidmatan profesional meningkat. hospital swasta, kolej, IPTS, syarikat insuran/takaful.
c) Pengeluaran wang di mesin ATM/MEPS
d) Sektor telekomunikasi, penyedia perkhidmatan.
e) Layanan perkhidmatan kerajaan.

Memang akan ada barang yang sepatutnya turun harga. dulu cukai SST dikenakan 10% tapi dengan GST 6%, sudah tentu harga barang seperti set perabot, almari, seterika, televisyen, peti sejuk, pemain DVD, kasut, baju, beg tangan, pinggan mangkuk akan mengalami penurunan harga. itulah yang kita harapkan sebenarnya. Untuk cukai 5% cukai SST akan menjadi 6%. barangan akan mengalami kenaikan harga sedikit.

Jalani hidup seperti biasa..

No comments:

Post a Comment