Tuesday, March 31, 2015

GST - Cukai Barangan dan Perkhidmatan

GST - Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Cukai Barangan dan Perkhidamatan(GST) mula diperkenalkan hari ini(01 April 2015). cukai GST ini dikenakan pada kadar standard iaitu 6% berbanding cukai sebelum ini, cukai jualan dan perkhidmatan(SST). kadar dikenakan antara 5%, 6% dan 10%.

Contoh barangan yang dikenakan cukai 5% - Teh Boh, Nescafe, Mee Maggi, Planta, Mamee, Ajinamoto, Biskut Marie.
Contoh perkhidmatan yang dikenakan cukai 6% - Hotel, Astro, perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan profesional, pusat servis kenderaan.
Contoh barangan yang dikenakan cukai 10% - Televisyen, set perabot, kasut, baju.

Antara menjadi kebimbangan masyarakat umumnya :
a) Harga barangan runcit(retail). barangan asas.
b) Kos perkhidmatan sektor swasta, perkhidmatan profesional meningkat. hospital swasta, kolej, IPTS, syarikat insuran/takaful.
c) Pengeluaran wang di mesin ATM/MEPS
d) Sektor telekomunikasi, penyedia perkhidmatan.
e) Layanan perkhidmatan kerajaan.

Memang akan ada barang yang sepatutnya turun harga. dulu cukai SST dikenakan 10% tapi dengan GST 6%, sudah tentu harga barang seperti set perabot, almari, seterika, televisyen, peti sejuk, pemain DVD, kasut, baju, beg tangan, pinggan mangkuk akan mengalami penurunan harga. itulah yang kita harapkan sebenarnya. Untuk cukai 5% cukai SST akan menjadi 6%. barangan akan mengalami kenaikan harga sedikit.

Jalani hidup seperti biasa..

Cara mudah nak jutawan

Abu : Bestnya kalau aku jadi jutawan. aku nak beli rumah banglo, kereta besar, kawin 4. hehe.

Ahmad : Tak payah berangan la.. kau ingat senang ke nak jadi jutawan. kalau ada suara macam Dato Siti,

Jamal Abdillah ke boleh la.

Abu : Hmmmm.. tu la pasal

Hakim : Eh, korang nak jadi jutawan ke?. tak susahpun.. senang je la..

Ahmad dan Abu : Kau tau ke camne?. cerciter..

Hakim : Of kos aku tahu... ada 7 step
1. Jual barang yang untung RM 1 kat 1,000,000 orang (RM 1 x 1,000,000)
2. Jual barang yang untung RM 10 kat 100,000 orang (RM 10 x 100,000)
3. Jual barang yang untung RM 100 kat 10,000 orang (RM 100 x 10,000)
4. Jual barang yang untung RM 1000 kat 1,000 orang (RM 1000 x 1,000)
5. Jual barang yang untung RM 10,000 kat 100 orang (RM10,000 x 100)
6. Jual barang yang untung RM 100,000 kat 10 orang (RM100,000 x 10)
7. Jual barang yang untung RM 1,000,000 kat 1 orang (RM1,000,000 x 1)

Jadi, jalan mana yang anda semua akan pilih?.. semuanya adalah tidak mustahil dan boleh dicapai dengan kuasa minda yang positif.